Bilakah Siam Akan Berubah Sikap?

Sebelum berpindah ke tahun berikutnya, 2020, PULO ingin menganalisa situasi tentang kedudukan rakyat Patani di bawah ancaman dan tekanan penjajah Siam durjana sebagai berikut: Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan gambaran yang menunjukkan bahawa penjajah Siam belum matang dalam sistem kenegaraannya yang boleh menjamin ketenteramnan kepada semua bangsa di bawah kekuasaannya. Menunda tarikh pilihan raya umum (PRU) beberapa kali yang sepatutnya diadakan dalam tahun 2018, kerana sebab-sebab ketidaktenteraman urusan dalamannya, akhirnya mereka selesai mengadakan pada akhir Februari 2019 dan terbukti suatu PRU terkutur dalam sejarah demokrasi yang tak tentu arah bagi negara Thai/Siam. Sistem PRU baru kununnya demi mengekalkan kesinambungan kekuasaan sebelumnya, yang rakyat Patani di bawah pentadbiran Siam sangat arif bahawa itu adalah demokrasi terpimpin (Guided Democracy), yangmana demokrarasi tulin nampaknya masih jauh bagi mengasaskan walaupun mereka sudah cuba memperkenalkannya sejak tahun 1932 lagi. Jika pihak yang berkuasa sekarang betul-betul ingin meneruskan polisi atau agenda- agenda negaranya termassuk hal dialog dengan gerakan-gerakan pembebasan Patani (GPP) supaya menjadi nyata demi menegakkan kedamaian yang menyeluruh dan berkekalan, namun rakyat Patani secara umum dan GPP khasnya masih ragu- ragu tentang keikhlasan dari pihak apa yang dinamakan sebagai sebuah negara tetapi huruharanya tak ubah seperti negara diktator yang mana penindasan dan ragutan nyawa rakyat Patani masih berterusan menyebabkan pihak angkatan bersenjata GPP mesti terus beroperasi demi melindungi kepentingan rakyat Patani jelata, walaupun itu merumitkan lagi penyelesaian secara politik bagi kedua-dua pihak....

Read More