Bencana yang menimpa ke atas umat Melayu Patani bukan hanya berpunca kepentingan di kawasan sempadan, dadah atau kebangkitan ummat seperti didakwa oleh pihak Thai, akan tetapi hal pencerobohan, penjajahan dan fahaman fanatik yang menguasai setiap institusi negara Thai, agamanya dan dirajanya, adalah tunjang segala-galanya.

Setiap negara dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan negara seperti PULO, sudah hampir 2 tahun tergendala menjalani program tahunan gara-gara pendemik Covid-19, akan tetapi pendemik ini sudah ditemui vaccine untuk mencegahnya, semuga ia akan berada di bawah kawalan dan berakhir akhirnya. Akan tetapi virus fahaman fanatik songsang Siam nampaknya sudah tak dapat diubati lagi dan di bawah kekuasaan puak fanatik ini bukan sahaja membawa bencana kepada bangsa Melayu Patani tetapi virus fikiran buatan Thai ini yang dinamakan fanatik nationalisme yang sudah hampir seratus tahun membiak di benak kepala mereka membuat umat Melayu Patani sentiasa dalam keadaan sangsara.

Dengan fahaman jenis manusia Siam kelompak ini, ummat Melayu Patani yang berada dibawah jajahannya menjadi kacau bilau, bahkan keadaan huru-hara berlaku juga keatas bangsanya sendiri yang mana kerajaan awamnya boleh memerintah sekelip mata sahaja, selebih itu diperintah oleh puak fanatik secara kuku besi sampai ke hari ini sehingga,demokrasi mereka, perlembagaan mereka hanya atas kertas saja dan isinya kosong dan dipermain-mainkan, segala peraturan dibuat-buat oleh puak pemerintah fanatik sekarang ini dengan mengalatkan undang-undang palsu sebagai permukaan demi menindas ummat Melayu Patani dan bangsa Thainya sendiri.

Sebenarnya gelombang pertama Covid yang melanda rantau ini sudah hampir lenyap tetapi puak kakitangan bervirus pemerintah fanatik Thai pula mengimpot dari negeri jiran, selain virus Thai yang telah melanda sekian lama, virus Covid-19 sekali lagi menonjol di negerinya dan sudah tentu ummat Patani juga akan mengalami pendemik Covid-19 ini di samping virus Thai seterusnya.

Dengan ini PULO yang selalu mendampingi umat Melayu Patani menentang penjajahan Siam yang kena penyakit virus Thai, akan bangkit semula demi mengembalikan hak pertuanan mereka demi berlaku aman dan adil yang mnyeluruh dan berkekalan. Di pihak yang sama, PULO juga menyeru kepada bangsa Siam sendiri yang cintakan kedamaian, bangkitalah bersama menetang virus Thai supaya rantau ini kembali hidup aman damai.