Walau apa persepsi sekalipun tentang pendudukan Siam di bekas Negeri Melayu Islam Patani, Siam adalah pendatang yang membawa kerusakan moral penduduk tempatan dari segi perangai samseng dan biadap yang masih boleh di lihat sampai sekarang.

Sudah berkali-kali berlaku kejadian merusakkan moral dan setiap kali rakyat Patani, baik secara kecil-kecil atau beramai-ramai membantah terhadap kejadian baik tentang keamanan dan sosial budaya, namun beberapa hari yang lalu berlaku lagi kes rogol pada 23 hb. Oktober 2018 oleh askar yang katanya datang untuk mengawal keamanan penduduk kampung, merogol budak perempuan darjah 6 sekolah rendah Mukem Pulut Puyo, Jajahan Nongcik, walayah Patani. Seperti biasa pada kali ini penduduk sekitar kampung Pulut Puyo bukan saja membantah dengan tunjuk perasaan bahkan tidak mau lagi askar datang mengawal bukan hanya di sekolah-sekolah bahkan sampai ke kebuh getah sumbur pendapatan orng kampung juga didudukinya askar Siam sampai berminggu-minggu yang menakutkan sejumlah ibu rumah yang menoreh getah dari dini hari.

Lebih dahsyat lagi, pada tahun 2012 remaja perempuan 16 tahun dirogol di pejabat Kampung Raweng, Jajahan Yarang di Wilayah Patani juga, oleh sesetengah askar, manakala askar seorang lagi mengambil gambar dengan telefon bimbitnya yang menjadi viral di social meda. Walapun kedua-dua askar terbabit dan kes yang baru di atas ditangkap, namun ia menuntukkan moral askar penjajah Siam begtu rendah dan keji yang selalu mengganggu keselamatan cara hidup orang kampung yang semakin tidak tejamin.

Banyak lagi kes-kes terkutuk ini berlaku yang dengan sendirinya perangai tabiat para askar penjajah yang ditempatkan di kawasan wilayah-wilayah Patani yang dijajahnya, menjadi suatu hal yang tidak di ambil begitu berat yang mana tindakan pencegahan yang sedia ada dilanggar dengan sewenangnya kerana perangai tak senonoh para askar sendiri sebetulnya tak terkawal. Ini adalah askar yang direkrut oleh pihak tentera dari setiap penjuru masyarakatnya yang moralnya kebanyakan sudah rusak iaitu sebilang besar pengganggur, penagih dadah penjinayah dan sebagainya. Apabila mereka boleh berlagak dalam seragam askar yang selalunya dilindungi oleh pihak atasan, maka kadang-kadang mereka sering bermahraja rela di kawasan jajahannya dengan hati prejudis yang sedia ada.

Kes tunjuk perasaan di Masjid Kerusik besar-besaran awal tahun 80han dulu, juga berpunca dari kes rogol anak perempuan dan ibunya disirat leher dengan dawai, kedua-duanya mati.

Ini baru saja bab moralnya, adapun hal pencabulan hak asasi manusia lain-lain masih banyak lagi yang menunjukkan Siam adalah punca segala kekerasan di Patani walaupun kerajaannya sekarang adalah kerajaan askar namun penindasannya tetap berlaku dalam berbagai bentuk.

Dengan demikian, hak orang Patani untuk menentu nasib mereka sendiri sudah lebih dari wajar!