Dalam hal mengamati, menjaga, membimbing, memeriksa dan melindungi nasib umat Melayu Islam Patani dan perjuangannya dari segala ancaman di bawah belenggu pejajah Siam, PULO renggang seketika dan sekarang kembali semula ke barisan penyampaian risalah perjuangannya melalui media sosial atau laman web ini, kembali berkhidmat untuk nusa bangsa dan agama Islam yang murni yang dianuti kita bersama..

Sehingga ke tahun 2018 ini yang Allah Subhanahu wa-taala masih memanjangkan umur kita untuk beribadah kepadaNya di samping berjuang di jalanNya dalam bentuk sebuah organisasi yang diberi nama PULO yg tertubuh 50 tahun yang lalu, rakyat Patani tak kurangnya dari tahun-tahun sebelumnya masih menghadapi segala ancaman terus menerus dalam berbagai cara dan bentuk baik dari segi kehidupan sehari-hari yang tak terjamin, mengalami kemurusutan budaya dan sosial, penindasan dari segi politik, pencabulan hak asasi mereka seterusnya penghinaan terhadap agama yg mereka anuti.

Beberapa kes menonjol berlaku, seperti di suatu kampung di Jajahan Sungaipadi yang katanya kebelakangan ini setiap awal tahun diadakan majlis puja memuja ketua Sami di suatu KUIL atau WAT, yangmana dihadiri juga oleh seorang Tok Imam dan beberapa pengikut dewasa dan kanak-kanak ke majlis tersebut. Jika ini adalah kerana pihak-pihak yang bertanggungjawab yang bertopengkan Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sangat dialu-alukan oleh pihak penjajah Siam/Thai demi membina masyarakat majmuk yang menyeleweng ini. PULO memandang serious gejala ini, walaupun sesetengah gerakan maupun mana-mana aliran agama yang tak mengambil berat tentang hal yang mulai membiak merebak di negeri Islam terjajah yang tercinta ini kerana Islam boleh menghormati agama lain selagi Islam tidak dicemari terutama dengan ciri-ciri anasir yang boleh menimbul persekutuan dengan ke-esaan ALLAH.

Berikutnya beberapa bulan kemudian rakyat Patani yang selama ini masih berada di bawah tekanan undang-undang darurat di bawah pimpinan mutlak Penglima Askar Bahaian 4, giliran Lt. Gen. Piyawat Nakwanit, yg bersara pada 1 Oktober 2018, mengakhiri dengan dua adegan sendiwara iaitu pameran sendiwara penyerahan diri beberapa pejuang yang juga ingin bersara dari kegiatan sekian lama yang sekaligus beliau berjaya menghalang dalam sengketa rebutan kuasa sesama mereka di kalangan penjajah tempatan dan pihak atasan yang juga sedang berusaha ke arah kedamaian atau dikenali dengan zon keselamatan. Bukan sekadar itu, dalam period kekuasaannya dengan cara kekerasan, beberapa tokoh dan activist Patani dibunuh tanpa pengadilan. Sekolah agama dan tadika juga diancamnya dengan berbagai cara, tidak kerana lain adalah beliau ditugas dan dipertanggungjawabkan dengan sewenangnya untuk menghapus identiti adat istiadat cara hidup umat Melayu Islam secara “Institusi Kenegaraan Siam” yang sistematik dengan penuh kekuasaannya. Itulah hakikat sebenar dan tipudaya di sebalik program pembangunan yang juga demi kepentingan sesama kuncu-kuncunya.

Samada penggantinya, Lt. Gen. Pornsak Poonsawat, akan teruskan adegan penindasan rakyat Patani sejauh atau sekejam mana, PULO akan memantau bersama rakyat Patani seterusnya.