Sebelum berpindah ke tahun berikutnya, 2020, PULO ingin menganalisa situasi
tentang kedudukan rakyat Patani di bawah ancaman dan tekanan penjajah Siam
durjana sebagai berikut:

Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan gambaran yang menunjukkan
bahawa penjajah Siam belum matang dalam sistem kenegaraannya yang boleh
menjamin ketenteramnan kepada semua bangsa di bawah kekuasaannya.

Menunda tarikh pilihan raya umum (PRU) beberapa kali yang sepatutnya diadakan
dalam tahun 2018, kerana sebab-sebab ketidaktenteraman urusan dalamannya,
akhirnya mereka selesai mengadakan pada akhir Februari 2019 dan terbukti suatu
PRU terkutur dalam sejarah demokrasi yang tak tentu arah bagi negara Thai/Siam.

Sistem PRU baru kununnya demi mengekalkan kesinambungan kekuasaan
sebelumnya, yang rakyat Patani di bawah pentadbiran Siam sangat arif bahawa itu
adalah demokrasi terpimpin (Guided Democracy), yangmana demokrarasi tulin
nampaknya masih jauh bagi mengasaskan walaupun mereka sudah cuba
memperkenalkannya sejak tahun 1932 lagi.

Jika pihak yang berkuasa sekarang betul-betul ingin meneruskan polisi atau agenda-
agenda negaranya termassuk hal dialog dengan gerakan-gerakan pembebasan
Patani (GPP) supaya menjadi nyata demi menegakkan kedamaian yang menyeluruh
dan berkekalan, namun rakyat Patani secara umum dan GPP khasnya masih ragu-
ragu tentang keikhlasan dari pihak apa yang dinamakan sebagai sebuah negara
tetapi huruharanya tak ubah seperti negara diktator yang mana penindasan dan
ragutan nyawa rakyat Patani masih berterusan menyebabkan pihak angkatan
bersenjata GPP mesti terus beroperasi demi melindungi kepentingan rakyat Patani
jelata, walaupun itu merumitkan lagi penyelesaian secara politik bagi kedua-dua
pihak.

Kem-kem askar jelas sebagai institusi negaranya sendiri masih menjadi tempat
penyiksaan pemuda-pemudi Patani. Kes syahid Isa Musa akhir bulan Ogos 2019
adalah petanda perangai prejudis pihak berkuasa Siam terhadap rakyat Patani. Di
luar kemnya pula tiga pemuda dibunuh secara kejam semasa gergaji kayu di bukit
Ta’we, Mukim Bongo Tanjungmas, Menara pada 20 Disember 2019. Kedua kes
yang terakhir ini seperti sebelumnya di bayar dengan wang seolah-olah kes jenayah
mereka meragut nyawa orang Patani diperlakukan seperti hal jual-beli. Ini tak
termasuk ancaman terhadap sekolah-sekolah agama, pondok dan tadika yang
masih berleluasan. Inikah cara Siam demi memenangi hati orang Patani dan
kemegahan mereka kononnya segagai bangsa yang tak pernah dijajah oleh Barat?

Jika Siam tak ingin sejarah berulang yang mana pada pra 1932, beberapa tokoh
Patani terjun ke medan PRU, tetapi berakhir dengan pembentukkan gerakan
pembebasan kerana tingkah laku dan kezaliman Siam terhadap orang Patani
memang tak boleh diharap, maka disamping demokrasi tulin, belajarlah juga hal
perikemanusiaan jika Siam ‘juga’ ingin hidup secara aman damai.