Month: October 2018

Sampai Bila Kezaliman dan kejahatan Siam Akan Berterusan?

Walau apa persepsi sekalipun tentang pendudukan Siam di bekas Negeri Melayu Islam Patani, Siam adalah pendatang yang membawa kerusakan moral penduduk tempatan dari segi perangai samseng dan biadap yang masih boleh di lihat sampai sekarang. Sudah berkali-kali berlaku kejadian merusakkan moral dan setiap kali rakyat Patani, baik secara kecil-kecil atau beramai-ramai membantah terhadap kejadian baik tentang keamanan dan sosial budaya, namun beberapa hari yang lalu berlaku lagi kes rogol pada 23 hb. Oktober 2018 oleh askar yang katanya datang untuk mengawal keamanan penduduk kampung, merogol budak perempuan darjah 6 sekolah rendah Mukem Pulut Puyo, Jajahan Nongcik, walayah Patani. Seperti biasa pada kali ini penduduk sekitar kampung Pulut Puyo bukan saja membantah dengan tunjuk perasaan bahkan tidak mau lagi askar datang mengawal bukan hanya di sekolah-sekolah bahkan sampai ke kebuh getah sumbur pendapatan orng kampung juga didudukinya askar Siam sampai berminggu-minggu yang menakutkan sejumlah ibu rumah yang menoreh getah dari dini hari. Lebih dahsyat lagi, pada tahun 2012 remaja perempuan 16 tahun dirogol di pejabat Kampung Raweng, Jajahan Yarang di Wilayah Patani juga, oleh sesetengah askar, manakala askar seorang lagi mengambil gambar dengan telefon bimbitnya yang menjadi viral di social meda. Walapun kedua-dua askar terbabit dan kes yang baru di atas ditangkap, namun ia menuntukkan moral askar penjajah Siam begtu rendah dan keji yang selalu mengganggu keselamatan cara hidup orang kampung yang semakin tidak tejamin. Banyak lagi kes-kes terkutuk ini...

Read More

PULO TETAP BERSAMA RAKYAT PATANI

Dalam hal mengamati, menjaga, membimbing, memeriksa dan melindungi nasib umat Melayu Islam Patani dan perjuangannya dari segala ancaman di bawah belenggu pejajah Siam, PULO renggang seketika dan sekarang kembali semula ke barisan penyampaian risalah perjuangannya melalui media sosial atau laman web ini, kembali berkhidmat untuk nusa bangsa dan agama Islam yang murni yang dianuti kita bersama.. Sehingga ke tahun 2018 ini yang Allah Subhanahu wa-taala masih memanjangkan umur kita untuk beribadah kepadaNya di samping berjuang di jalanNya dalam bentuk sebuah organisasi yang diberi nama PULO yg tertubuh 50 tahun yang lalu, rakyat Patani tak kurangnya dari tahun-tahun sebelumnya masih menghadapi segala ancaman terus menerus dalam berbagai cara dan bentuk baik dari segi kehidupan sehari-hari yang tak terjamin, mengalami kemurusutan budaya dan sosial, penindasan dari segi politik, pencabulan hak asasi mereka seterusnya penghinaan terhadap agama yg mereka anuti. Beberapa kes menonjol berlaku, seperti di suatu kampung di Jajahan Sungaipadi yang katanya kebelakangan ini setiap awal tahun diadakan majlis puja memuja ketua Sami di suatu KUIL atau WAT, yangmana dihadiri juga oleh seorang Tok Imam dan beberapa pengikut dewasa dan kanak-kanak ke majlis tersebut. Jika ini adalah kerana pihak-pihak yang bertanggungjawab yang bertopengkan Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sangat dialu-alukan oleh pihak penjajah Siam/Thai demi membina masyarakat majmuk yang menyeleweng ini. PULO memandang serious gejala ini, walaupun sesetengah gerakan maupun mana-mana aliran agama yang tak mengambil berat tentang hal yang...

Read More